Tuesday, April 26, 2016

The typical malay girl

"Omelet or Pancake?", soal pakcik pramugara. Dia seorang yang peramah dengan senyuman dan masih kelihatan kuat untuk bekerja walaupun anggaran umurnya dalam lingkungan 50'an. Dan yang pasti masih segak berkot hitam walaupun rambutnya sudah berkurangan dan mula memutih. 
Sambil menggosok mata, Hajar menjawab. 
"Omelete", suaranya masih serak kerana agak terdehidrasi. 
Sejurus, hidangan miliknya dihidangkan dia terus mencari air. Namun tiada. Sebaliknya dia bersyukur sahaja dengan segelas jus oren. 

Lega. 

Perlahan, dia membaca doa makan. Dalam penerbangan yang penuh dengan pelbagai bangsa ini, dan yang pasti belainan agama ....dia tetap tajarrud (tetap jati diri) mengamalkan Islam. 

"Hajar! Hang pi sepanyol pakai baju kurung?", kawannya menyoal. 
Dalam hati dia Allah sahaja yang tahu, sudah berapa banyak doa yang diulang bagi dipermudahkan segala urusan. 

"Ana pergi Turki tahun lepas okey jer. Dan saya mampu survive", dan dalam hati dia tahu,  sepanyol bukanlah seperti turki. Doa dipanjatkan lagi. 

"Ya Allah, dengan izinMu, permudahkan urusanku sebagaimana aku bersungguh-sungguh menjaga aurat dan akhlak Islam" doa diulang lagi dibawah bibir. Walaupun dia tahu baju b





No comments:

Post a Comment