Friday, May 31, 2013

KALAU FUTUR INGT BALIK KISAH KEGIGIHAN ULAMA MENUNTUT ILMU HINGGA TAK MAKAN



td sebelum sc rasa malas mula menular dlm diri,
malas utk buat something serius kecuali kerja,
bila mood tgh ok then Allah takdir hilang dgn mendengar beberapa ayat...
Allah, rasa nk lari rumah
ya Allah kurniakan aku hati yang berJIWA besar
jiwa seorang pejuang
tarbiyah, didik dan pandu aku jadi pejuang mu
biar org kata berlagak menggelar diri pejuang
asal redha mu aku capai
hidup samaada menang atau syahid cukup
segala apa yg diperlukan utk 2 tujuan itu sudah cukup yg lain xusah lagi
riak takabur lagha buang ia jauh dr diri aku

perlu aku ulang kalimah juang dlm jiwa
biar hati nie berjiwa besar
membina suasana tnp sedar dgn izinMu kpd insan lain juga
ya Allah kau tlh izin aku medium utk berjuang walau kecil maka aku hmbuMu yg lemah ini
memohon lagi dr Mu kurniakan aku kesabaran kekuatan kecerdikan kekemasan dalm melakukan sesuatu
biar dilihat hasil tgn mukmin ada classnya
namun hasil tetap bukan tujuan utama
biar apa pun nk dikata

ya Allah aku xperlukan ajaran dr sesiapapun mendidik jiwa pejuang dlm jiwa ini
kecuali manusia yg Kau pilih menjadi asbab didikan utk jiwa besar yg ku tagih
ku letakkan seluruh pergantungan ku padamu
dan ajari juga aku menjadi manusia yg bersyukur
yg tidak timbul hny dihujung jalan tp bermula sedari awalnya

ya Allah biar manusia melihat aku sehebat mana
biar manusia memujia aku sehebat mana
hakikatnya aku sedar siapa diriku disisimu
hakikatnya aku sedar betapa sedikit ilmuku dibanding mereka
maka ya Allah saat itu kau didiklah diri ini hanya diam dan tersenyum
biar tidak tergigit kata2 manis tertelan pujian saat diri tahu lemah diri
ya Allah izinkan aku mempelajari lagi ilmu2 mu
maka kau buang dr diri ini segala sifat dan segala syaitan serta nafsu pembisik diri yang
menjatuhkan diri ini ke lembah futur (putus asa)
ya Allah
ya Allah
ya Allah
akhirnya segalanya aku serah padamu

Tuesday, May 21, 2013

aku ttp sayang kamu, sahabat walau apa pun

sedih sikit sebab rasa makin jauh dgn sahabat yg disayangi dan dikagumi
pernah saya coretkan ttg beliau pada post yg lalu
xperlah bersangka baik bukan sebab duniawi kita bersahabt
jadi ujian Allah kenalh tahan sikit

aku doakan sahabt aku itu semakin kuat
mungkin diri ini ada khilaf,
dah lama x
dah lama x
dah lama x macam2 dgn dia

uhibbuki fillah
aku ttp sayang kamu sahabat walau apa pun yg berlaku
walau siapa pun kamu
berharap disayangi  mu sahabat walau bukan siapalah aku
naaah...sayang manusia xbawa k emana tp sayang aku moga dirimu dpt memimpin diri ini ke syurga
hakikatnya, aku serahkan pada Allah
Aku serahkan benar2 mencintai hanya Allah

rindu rasulullah _ustaz asri_

"المرْ مع من احبه"

arab badwi itu bertanya "ya rasulullah bilakah kiamat?"

jawab rasulullah "apa persedian mu?"

katanya "aku xsedia apa2 ya rasullah tp aku kasih pada Allah dan rasul"

dan jawab rasulullah "المرْ مع من احبه"


 قل ان كنتم تحبون الله, فتبعني يحببكم الله

 pada hari fathul makkah, dtg ayah abu bakar, abu kuhafah masuk islam...beliau menangis lalu baginda bertanya" mayubki ya aba bakri?" jawab beliau "ya rasulullah, aku bayang tempat ini tempt abu talib" kerana beliau memahami perasaan rasullah yg mahu abu talib masuk islam. lalu beliau pun menangis sbb baginda bayang abu talib masuk islam _ustaz zainul asri_


selamat tinggal capslock

20/5/2013
tanggal nie yakni semalam genap setahun 3bulan 23 hari aku guna capslock
things happen pada satu tanggal setahun 3 bulan 23 hari yg lalu yg buat aku guna caps
dan hari nie xkurang things happen banyak sgt wpon bukan benda yg sama berulang
tp aku jadikan tarikh 20hb nie sbg batu asas utk aku igt bahawa kalam hidup utk berjuang itu bukan hanya basah dibibir kemudia kering begitu shj
tp lebih besar makna dan pengorbanan

diri, jangan sampai ayat as-saff:2-3 menjadi hujah yg berbalik kepada kamu wahai diri
insyallah
naik dan naik dan naik
walau jatuh terus bangkit dan naik
tanggal 20/5 seorang mujahidah tidak mahu lagi duduk di zon selesa
zon kenangan
zon anak2
zon memberontak (adalah sikit....mengakulah walau banyak pun)
zon sekolah menengah

aku doakan dia menjadi hamba yg benar2 mencari redha Allah
terima kasih pula pada semua yg banyak mengajar diri dlm fasa itu terutama tanggal 20/5
terima kasih hamba Allah, diri cuba menjadi bermanfaat sehebat air walau xkan pernah mampu

Tuesday, May 14, 2013

umi abi adik n abang n kakcik

UMI PESAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

hari nie call umi nk cakap z malas masak hari nie
z cuma masak tom yam
z xmasak sayur hari nie
z campak semua sayur dalam tom yam
tapi umi cakap

jangan macam tue, kesian kawan2 semua rajin z jer malas
z masak lah telur goreng 
buat sambal sikit

pastu umi pon ajar cara buat sambal
last2 z cakp "umi xde batu lesung"
dan xjadi nk buat sambal
dalam hati "umi z puasa sebenarnya, z xnak jadi malas2, z nak jadi ank solehah"

pastu umi pesan lagi, z,
jadi orang yg banyak bersabar
jadi orang yang berlapang dada
jangan jadi orang yg mudah terasa
jangan jadi terlalu sensitif
fikir panjang
hidup bukan utk manusia lain
hidup utk islam orang lain
hidup utk tegakkan islam 
hidup kena kuat 
umi duduk jauh nk pergi selalu xdapat

hidup jangan belajar bergantung pada orang
tp hidup untuk memberi pergantungan 
tapi hidup untuk ajar orang berdikari
mesti hidup berdikari
mesti belajr bersungguh 
bagi contoh yang baik pada adik2

balik kena berbakti pada adik2
tp umi xpesan pom balik berbakti pada umi dan abah

hari z call umi z xcakap apa2 selain pasal masak2
tue pun dua puluh patah kot
entah
tapi umi yg banyak cakap
umi sebenarnya nk tidur dah
malaysia dah pukul 11.30 malam dah
cumi cerita smua pasal adik2
umi pesan z jadi kakak yg solehah
insyallah umi
z nk balik malaysia berbakti pada adik2 terutamanya pada umi dan abah jugak

z teringat kalau rindu z pada adik2 kemuncak sgt sampai pergi sc dgn adik2 terbawak2
sampai nak nangis2 dlm sc
adikkkkkkkkkkkkkkkk
abanggggggggggg
kakcikkkkkkkkkkk

yang lain pon z rindu jugk tp  3 orang nie rindu z sgttttttttttttttttttttttttttt
otttokaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




Wednesday, May 8, 2013

#smile#

nk senyum sentiasa seperti habib ali al-jufri
google his photo, boleh kata all is smiling
even when he talk, he looks like smilling

smile#




atau 


yg nie pom bolehhh


DECISION MAKING

BISMILLAH, moga menulis ini diredhai Allah

cantik gmbr nie. pandai pelukis tue.


tanpa sedar, diri dah melangkah ke alam dewasa, yg diri sendiri xmahu mengaku, normanya umur 21 sudah patut matang membuat keputusan tp kadang2 membesar dlm persekitran xmemerlukan kita utk matang membuat diri xmahu matang....XMAHU XMAHU #sambil menggeleng#

tgoklah masih kers kepala, xnak lupa kisah gelap sampai skrang pom masih belum boleh tutup capslock tuh...nak jerit kat sapa? xlah bukan nk jerit pom tp actually  dgn niat people cant read my intonation n cant read my feeling. sama jer. statik. plateu~ normal. natural. dah membebel. 

dlm seminggu nie hati diberati dgn amanah. benci pada kelemahan diri yg lemah dan xmampu utk laksanakan ke semua amanah. Allah ampunkan kami. bagaima pula anda? kalau diberi dua pilihan. dan keduanya amanah yg berat. terbayang di mata tanggungjwb memberi kefahaman. bukan mahu menolak namun menimbangi fiqh aulawiyat yg mana lebih aula. tp last2 kalah. kalah dgn situasi. #silent# 


....
......
........

malam itu gadis muda remaja tue, berangan masih remaja...dah besarlah! teresak2 dlm solatnya. dia sedar rakan sebilik masuk dr luar dan dia sedar juga kawan dia berlalu keluar memberi masa pada diri bersendiri.

membenarkan dia kalah. kalah buat sekian kalinya. 

masakan tidak kalah, antara diri dan kepentingan yg org lain dia sanggunp beralah namun bila melibatkan keluarga, dia xmahu juga menyakitkan hati ibu. hati ayah. antara mendidik adik dgn mendidik masyarakat sapa dulu yg dia perlu pilih? kalau ada yg boleh jawab. dia tahu dia xlayak namun dia juga tahu itu tak bermakna dia terlepas dr kewajipan itu


tergiang2 kata2 "bila kata kita nk berjihad kena sanggup berkorban segalanya"
"hatta keluarga?" hati berbisik. bagaimana?

"Kid, makan jom!" semua seakan tiada apa berlaku. 

"antara study dan diri, keluarga, atau masyarakat. sapa patut aku pilih?" dibiar soalan itu bermain.ambil semua boleh? mampu kah? 

dia adalah dia. dia ada Allah. jgn risau apa2 pom. He's with you. 

referred pain.



this is embrassing but need to memorised this well. chaiyok! 
kita selalu tahu belah kiri bahu sakit heart kan....tp baru tahu kalau belah kanan sakit liver tau...sooo dont forget!





SAHABAT-SUKA DALAM DIAM

dalam diam, aku sgt mengagumi seorang sahabt aku nie
perempuan lah...adoiii
dia xpernah bagi alasan atau cuba beri alasan atau kalau ada pom boleh kata xde
sbb personaliti dia buka beri alasan, dia beri fakta

mengagumi ketabahan dia
kalau dia sesibuk mana pun dia xkan jadikan itu alasan malas nk study atau penghalang study
kepenatan dr study, dia buat bersungguh2 semua benda
tabik! suka tgok dia bersungguh2 baca buku. ^_^


PRU 13-NOTA BUAT DIRI


Allah sebaik2 perancang...Dia Maha Mengetahui di sebalik semua ini..Islam pasti tertegak di muka bumi..itu janji Allah..cuma perjuangan itu menuntut kesabaran yg tinggi...yakinlah dalam diri...ada hikmah atas setiap yg berlaku..

"Kita tak kalah..kita cuma belum menang"....*tmbh skit*...dlm PRU...tapi kita dh lama menang di sisi Allah...:)

**make sure anda punya hujah utk jwb di hadapan Allah di akhirat kelak**
_KOPI N PASTA_

up up n away~

kesian kat orang tp kesian jugak kat diri.
 time tue mulalah dtg kepentingan diri, nk lebihkan diri.
"diri sendiri mcm mana?"

betapa susahnya nk berlapang dada
serius susah salamatu sadr(berlapang dada)
walhal dlm tingkatan kasing sayang, ia ditangga paling bawah

serius xkan mampu jadi sesempurna rasulullah. tp xbermakna kita xboleh buat yg tbaik
jadi bila dtg ujian jgn cepat putus asa
jgn cepat bersedih hati
ingt siapa yg kita kasih?
rasulullah kan? nk duduk bersama baginda diakhirat kelak kn ikut sunnah baginda kan?
bersabar lah
lawan!
lawan tetap lawan!

Allah nilai. dan Allah kira. Amin. smoga Allah kira.
tolong lah kiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
argggggggggggggggggggggg
^_________________________^
insyallah. Smoga Allah kira. amin.

up up n away~~~
weeee
up sikit iman
go!!!!


"disebalik kepayahan
disitulah ada kekuatan.
tekad hati, azimat di perjalanan
mengejar impian

tinggi langit, mimpi ini
xku ragu untuk membuktikan
indah bintng
yg terang bukan khayalan
tetapi kenyataan
ooooo "

"akan kau saksikan kesulitan ini,
pasti berganti kebahagian,

pabila laluan seakan sukar
bagai xterdaya untk terus bertahan
namun kasih Mu menyedarkan
aku tak pernah sendirian~~~


Monday, May 6, 2013

BIODATA PEMIMPIN KESAYANGAN KU




nie ambo nk kongsi sikit Biodata Tok Guru kito. meh kito samo-samo baca walaupun panje tp ambik skit maso.. 


Biodata YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.


Dipetik daripada blog: nasronhashim.blogspot.com