Teksi
Dia berjalan laju menuju tempat letak begnya dibelakang meja kuliah. Selesai bertanya soalan pada professor dia berpuas hati. Amanah penuntut untuk ke kuliah hari itu terlaksana dengan hadirnya ke kuliah dan mencuba memahami ilmu yang disampaikan oleh para guru. Namun, belum selesai lagi untuk sesi ulang kaji. Selagi tidak mengulang ilmunya hari itu, selagi itu dia sentiasa akan ingat sebahagian amanahnya belum selesai.
Bukan itu sahaja, amanah harinya perlu dibahagi dengan tanggungjawab persatuan. Dia bukan sengaja memegang banyak amanah jika hanya untuk jadikan dia tidak menang tangan, tapi semua itu dia kira amanah pada tuhan. Amanahnya untuk belajar dan berpersatuan adalah amanahnya pada tuhan. Itu untuk dia yang bergelar pelajar kini, dan mungkin di hadapan hari lebih banyak lagi. Sebagai pekerja, isteri dan ibu atau lain-lain lagi.
"Danny! Tunggu!", suara seorang pelajar lelaki membawa dia dari alam fantasi.
Dia berpusing melihat dan hakikatnya suara itu dia sudah cukup kenal. Dia bersangka baik jika ada persoalan yang hendak ditanya. Namun, cara dan gayanya yang bersahaja dia tahu tidak ada yang penting untuk dibincangkan.
Lantas dia memohon untuk beredar kerana lebih banyak tugasan menanti untuk diselesaikan.
"Maaf, saya ada hal segera untuk diselesaikan".
Masa yang sangat berharga ini bukan untuk dihabiskan dengan perkara kecil. Tetapi, jangan pula mengabaikan perkara-perkara yang kecil yang boleh memberi impak pada perkara yang lebih besar. Tidak menghabiskan waktu untuk itu tidak bermakna meninggalkannya terus. Susunlah prioriti sehabis baik.
Dia berjalan pulang. Jarak penempatannya dari kuliah tidak jauh, cukup sekadar mengambil masa 10 minit berjalan.
Kring kring kring