Sunday, June 26, 2016

Sahabat yang dikasihi

"Cantiknya pemandangan nie...", dia meluahkan rasa. 
"Cantiknya, sebab ada langit, pokok-pokok macam pokok kelapa...", dia mengomel lagi sambil mula mengambil sudut dengan kamera telefonnya. Comel. Macam anak kucing. 

"Ada daun hijau, ada langit biru..." 
"Ada budak perempuan sedang makan nasi lemak kt situ", sambung Kak Jarah sambil mengunyah nasi lemak. 

Dan mereka ketawa. Enam tahun bersama, menghadapi saat suka dan duka. Gembira dan tekanan. Kejayaan dan kegagalan mengambil ABG, di tolak pesakit kerana tidak percaya pada mereka untuk ambil ABG, mesin ABG rosak, berebut physical examination di kelas, berkejaran ke wad dan OR, night shift dan ER, tertekan dengan perkara-perkara kecil, dan banyak lagi. 

Kehidupan bukan untuk mencipta kenangan. Jika kita hidup mahukan kenangan yang indah, maka secara tidak langsung kita sedang mengejar dunia. Tapi kenangan itu pengikat hati, buat jadi penarik masuk ke syurga oleh sahabat yang soleh/ solehah ini. 


Nukilan, 
Hajar 
10 Sya'ban 1437H 
Alexandria, Faculty of Medicine, Egypt 


Rant

Semakin lama aku bisu, bila aku mula mengeluarkan bicara semakin pedih dan tajam setiap kata2 ku. 
Lantas sampai2 nya aku mahu menjauhi manusia sekali kagi. 
Jika bukan kerana izin Allah, pasti aku tidak di situ. 

Dek banyaknya dosa, kata2 aku pun menyakiti orang sekeliling. Bahkan diamku juga tidak kena pada mereka. Kalau seorang rasa pelik yang lain ok itu bermakna silapnya bukan pada aku. Namun apa yang terjadi, aku seorang yg pelik dan yang lain semua tidak ok. Maka aku patut sedar, puncanya adalah aku. 

Jadi aku tekad menyelesaikan urusan aku sendiri. 
Di samping, menyelesaikan amanat yang ku pegang kini. 
Bingung. Laju aku menyelesaikan masalah manusia, spt aku tiada masalah, walhal apa yg terjadi masalah aku sendiri tidak aku terbela. 

Allah. Aku ada Mu yang maha Hebat, Maha Pengatur, Maha Penyayang pada hambamu yg lemah ini, 


Saturday, June 4, 2016

Mesir yang mentarbiyah diri

Sepetang bersama 3 hafiz dan hafizah kecil ini. 
Dari kanan Zaid, sudah menghafal surah al fatihah, al-ikhlas dan an-Nas, kemudian yang sulung Anas 10tahun sudah menghafal 10 juzuk. Kini sedang menghafal surah al-Ankabut. Dan yang perempuan Aeisyah, sudah menghafal 16 surah, kini sedang menghafal surah Al-Zalzalah. 

Uniknya mereka menghafal bersama nama surah. Bila sebut sahaja baca surah Zalzalah. Maka Aeisyah tahu surah mana akan dibaca. 

Mereka dilatih menghafal al-Quran dari kecil tanpa mushaf dengan bertajwid. Tajwid tidak diajar secara teori tapi praktikal sahaja. Kata ustazah setelah mereka sudah mula boleh membaca, mereka akan mula menghafaz dari mushaf. Kemudian setelah dewasa seperti Anas sudah boleh diterangkan makna setiap tajwid yang ditekankan secara teori. 


Setiap hari Aiesyah dan Zaid diajar menghafal 3-4 ayat. Dan mengulang 5 kali. Kemudia setelah betul bacaan dan diingati mereka akan mengulang sambil mendengar bacaan al-Quran dari aplikasi telefon. Hari Jumaat pula adalah hari cuti dan beraktivit bersama keluarga. 

Kagumnya, bukan hanya Syeikh Hisyam dan Ummu Anas berjaya mengajar mereka menghafal al-Quran, bahkan kesemua 5 orang anak Syeikh Abdul Barri adalh hafiz dan hafizah. Allahu. 

Sedih mahu berpisah dengan guru kami yang ikhlas mengajar al-quran bersanad. Semoga Allah membalas jasa mu guru. Mungkin ini kali terakhir berjumpa kerana Syeikh dan Ummu Anas akan berangkat ke Malaysia dan menjadi Imam di Madinah Ramadan dan mungkin menetap di sana. Jika panjang umur boleh bertemu lagi, insyallah nanti bersama Umi dan Abah. 

Ramadan bulan Al-Quran semoga dapat diperbaiki bacaan dan dikurniakan ganjaran bacaan. Semoga diizinkan syafaat dari Al-Quran. Allahumma amin. 

#roadbacktokelantan