Monday, May 30, 2016

Rant

Pernah. 

Suatu saat dia terlalu rindu dan sayang pada kenangan. Sehingga bercita-cita tidak mahu menjadi dewasa. Namun, hari ini hidup mengajar dia erti mati. Erti hidup adalah untuk mati. Mati membawa bekal, maka hidup mempersiapkan tempat tinggal yang baik di sana. 

Namun, jika ditanya adakah sudah bersedia untuk mati? Sering tidak mampu untuk menjawab ya. Kerana manusia azalinya alpa. Berulang kali mengulang silap yang sama

Friday, May 20, 2016

Kisah Buat Si Perokok

Saya dalam tram (pengankutan awam seperti LRT dengan harga LE0.50) ketika itu, saya tiba-tiba tertawa saat melihat seorang jejaka hensem. Ya apa yang melucukan? 

Lucu. Dia berjalan punya bergaya, tegak tanpa menoleh ke tempat lain, terus menuju ke sebuah kereta. Sampai sahaja, dia masuk dan sahabatnya terus menghidupkan kereta dan mula untuk berlalu pergi. Saat itu si hensem ini mengeluarkan sekotak rokok dan memberi sebatang pada sahabatnya. Sepucuk lagi dimasukkan ke mulutnya sendiri. 

Lucu. Ya, lucu bila saya teringat kenakalan saya dan adik saya ketika zaman kanak-kanak. Di mana kami pernah mengumpulkan daun-daun kering dari pokok ciku dan ubi kayu dan menggulungkannya menjadi seperti rokok, dan kemudian kami menghidupkan api. Lalu kami mula menghisap rokok. 

Sekali hisap jer, kami terus terbatuk-batuk. Mana taknya, penapis pun tiada, maka asap daun-daun kering itu terus masuk ke dalam lubang pernafasan. Mujur tiada perkara yang berbahaya terjadi. Saya tidak tahu, tetapi pengalaman yang sekali itu membuat saya rasa rokok tiada yang memberi nikmat pun. Dan alhamdulillah adik lelaki saya tidak merokok sehingga hari ini. Namun, saya masih tidak faham kenapa manusia memilih untuk merokok?  Saya tertanya-tanya kerana di Mesir terlalu ramai manusia yang merokok. 

Tapi saya teringat sekali dahulu, ustaz Jamil pernah menceritakan kisah seorang lelaki yang menghina si perokok dan akhirnya bila si lelaki itu diuji Allah ketagih rokok dan si perokok pula ditakdirkan Allah mendapat hidayah dan menjadi soleh. Begitulah lebih kurang ceritanya. Hidayah Allah. Mereka yang merokok ini pasti ada satu sebab, tak perlu kita nak hina atau nak maki atau nak sangka buruk. Tapi satu sahaja pesan saya pada perokok, benar hidayah itu milik Allah, tapi merokok itu haram. Haram itu bermakna kita telah bermaksiat pada Allah. Orang yang bermaksiat secara tidak langsung seperti dia sendiri yang membawa diri jauh dari Allah. Maka, bagaimana anda harapkan hidayah agar datang dekat jika anda sendiri menjauhkan diri dan tidak cuba untuk berhenti merokok. 

Saya jadi kagum pada pesakit-pesakit yang berjaya berhenti merokok dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun. Penyakit mendesak mereka untuk terus berhenti. Sebenarnya mereka tahu dan mengakui pula bahawa merokok akan memudaratkan lagi sakit mereka. Yang sakit bertambah sakit, yang sihat boleh menjadi sakit. Elakkan lah merokok. Kurangkan. Dan kemudian berhenti. Haram. Walau anda sudah ketagih setara mana pun, berusahalah untuk berhenti sebelum ketagihan itu menjadi lebih teruk dan makin sukar utk berpatah balik. 


Haram. Sudah jelas lagi. Yang haram itu membawa ke neraka. Dosa kecil itu fasik. Semoga Allah mengampunkan dosa saya, anda dan seluruh umat islam. Semoga Allah membuka hidayah anda, untuk berhenti merokok, saya dan seluruh umat islam. I believe u can. 


#menantibeledosejuk
#esokkebazariaacejom


Sunday, May 15, 2016

Musafir abadi

"Hamba musafir sejatinya dipenuhi debu dan lelah, kerana dunia ibaratnya sejauh mana pun kau merantau 
ia hanya tempat berteduh, sedang syurga itu ada di penghujung permusafiran
bahkan di situlah kita aman tanpa keluh. 
Maka wahai hamba jangan pernah berhenti bermusafir selayaknya seorang musafir" _Hajar

Hidayah please choose me

First class, tengok schedule penuh dah balik. Planner dah terbukak balik. Meeting scheduled. Study plan rearrange. Department changed. Tengok kad library, berhabuk sejak cuti hari itu. Last semester dah mula. 

Dia menarik nafas dalam-dalam.  
Nak lari dari amanah ke? Sedang kita mendewasa dan amanah sentiasa bertambah dan bertukar-tukar. Habis yang ni datang yang lain, habis di sini bermula di tempat lain. Ada ke kekosongan HO tahun depan? Ke nak sambung sini terus eh? Kena start berdoa dari sekarang ni. 

Dia meneruskan perjalanan atas temujanji. Takdir Allah hari itu dia tersilap melihat waktu dan akibatnya dia tiba sejam awal. Dalam sedang jauh dia berfikir, 

Dum. 

Basah kuyup. Entah arab mana main baling plastik air. Sakit jugak kena baling dengan air. Ingat ini main perang-perang ker, tak pun tamrin zaman sekolah? Nasib dia hari itu pergi meeting basah kuyup ditambah sakit berdenyut di kepala. 

Tak kan Allah takdir dalam ramai-ramai manusia aku yang kena baling. Apa dosa hari nie? 

Sejak hari tue, ujian datang bertimpa. Ini betul banyak dosa, Allah sedang tunjukkan sesuatu. Kalau kita dapat kesusahan tapi masih nak butakan mata dan hati untuk refleksi diri, jangan sampai hidayah Allah ketuk dan kita berlalu pergi. 














Friday, May 13, 2016

Come on internal medicine one more time

Kata Imam Al-Ghazali menyatakan: "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat." -ihya' Ulumuddin- 

Kata Abdullah ibn Mubarak berkata:"Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

"Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Al-Ankabut:69 

Imam Ad-Darani berkata: "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.

Fudhail Al-Iyadh berkata: "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.

Junaid Al-Baghdadi pula berkata: "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Abbas r.a. pula berkata: "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran.

Tuesday, May 3, 2016

Braveness

Keberanian bukanlah bila kamu dapat menghadapi ketakutan kamu 
Tapi apabila kamu kekal bertahan walaupun ia menakutkan