Monday, March 25, 2013

JANGAN LUPAKAN WAJAH MEREKA


DOAKAN BELIAU

Riyadh As'ad merupakan antara pimpinan tertinggi tentera Syria berpangkat Kolonel Tentera Udara yang bersama dengan kebangkitan rakyat. Beliau secara rasmi bersama perjuangan rakyat menentang rejim pada 4 Julai 2011 dan pada 29 Julai 2011, beliau telah mengasaskan Free Syrian Army (FSA). 

Riyadh terselamat beberapa kali dalam cubaan bunuh yang dirancang oleh rejim Basyar. Pada 24 Mac 2013 yang lalu, ketika melawat sebuah daerah Mayadeen di wilayah Deir Az-Zour, kereta yang dinaiki beliau telah dibom menyebabkan beliau mengalami kecederaan yang agak serius.

Sekarang beliau sedang dirawat di sebuah hospital Turki dan sebelah kaki beliau terpaksa dipotong. Doakan kesembuhan beliau agar dapat terus berada di medan jihad bersama mujahidin yang lain.








No comments:

Post a Comment