BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
alhamdulillah masuk hari nie, ahad, 11 muharam adalah smart circle ke2 halwa hati...comelkan nama tue,
tue idea farahh arshad. indah skali nama tue, bila sebut jer terasa sampai hati...
ya rabbi...hari nie ada ujian, ada nikmat...ujiannya xnak aku sebut, biar jadi iktibar,
nikmatnya adalah bila bersama ahli halwa hati...terasa dkt pada Allah, bila kami semua saling melontarkan idea, saling berbicara, kata arab 'اجلس بنا نؤمن ساعة'
zakiah n farahh dah buat yg tbaik punya segalanya, kami serah pada Allah, moga amal ini Allah terima
hari nie kami mula usrah ke-2 kami dengan taaruf lagi...kali nie zakiah mintak adik2 semua bagitau adik2 usrah yang lain tentang no telefon masing-masing...memandangkan adik-adik saling segan antara satu sama lain...kerana mereka tidak satu dewan kuliah dan farah pula request ingin tahu makanan kegemaran masing2 memandang kelak akan selalu masak untuk usrah mungin ada yang tidak menyukai certain kind of food.
benarlah, agak unik sungguh, pemilihan makanan adik2 usrah kami...gelak ketawa pecah seketika...diteruskan dengan taaruf ahli yg seterusnya...kemudian gelak lagi...
hari nie kami xmasak2 memandangkan ana n farahh dua2 habis pukul 4...dan kami mula usrah pada pukul 4.30 tp kelewatan sedikit krn beberapa hal di markaz bahasa arab. tapi dengan izin Allah ada rezeki kami merasa sate malaysia hari ini kerana juadah itu disediakan di kafe seri putra.
alhamdulillah, hari nie giliran ana buat pengisian...insyallah selepas berbincang dengan farahhh sedikit kami setuju menggunakan maza yakni atau kenapa aku menganut agama islam sebagai module pertama kami. dan insyallah akan diselitkan dengan beberapa perkara yang berbeza dari hadis sirah dan isu semasa serta lain2. insyallah spt yang kami janjikan pada diri kami dan adik2, kami ingin berusaha mengenal islam yang kami anuti sendiri... 5 things yang perlu kita yakini untuk memastikan saya betul2 muslim dari segi akidah
1-pencipta yg ESA
2-makhluk yang dicipta tidak sia-sia
3-nabi s.a.w sebagai wasilah mengenal pencipta
4-tujuan manusia diciptakan (hamba dan khalifah)
5-balasan syurga atau neraka setimpal bagi segala amalan
syarahnya atau penjelasannya boleh rujuk buku maza yakni. seronokk...yang paling penting bukan fakta dari buku berkenaan tapi praktikal atau amali kita sendiri dari ilmu yang kita pelajari...insyallah. moga Allah beri kekuatan untuk mengamalkan ilmu2 itu pada zakiah, farahh, dan adik2 kami...amin
daebak kiah!!! do da best for your usrah!!!
ReplyDelete