im not going to write about that because im not good enough to write it. but just one word i can say as an advice from a sister to my brotherhood. tomorrow, when u holding up ur hand, after praying the Solat Hari Raya, as the imam is reciting the Doa, ask urself, do you deserve this victory.
they were breaking their fast for the last day of ramadhan. when will they meet again with their beloved ramadhan. sahur tadi,
"adik! adik! bangun sahur! ini sahur last dah nie! bangunnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!" jerit dia.
"xnak sahur malas pakai tudung", balas si adik dalam dengar dan tak.
sekejap kemudian,
"adik! bangun! nak abih waktu dah ni!", jerit si abang pulak.
"xnak sahur malas pakai tudung", di ulangnya jawapan yang sama. sepupu-sepupu dan bapa saudaranya ada, pulang berhari raya seperti tahun-tahun yang sudah. demi menjaga auratnya. tetap dia. bagus sungguh si adik itu. mereka sudah xberaya di rumah nenek belah ibu lagi, sebab tiada siapa lagi menghuni disana. yang tinggal rumah usang itu walau dikelilingi rumah2 saudara2 yang lain. teringat raya-raya sebelum ni, teringat mengemas rumah nenek ramai2, teringat cucuk sate dengan nenek malam raya. x seronok beraya tanpa ahli keluarga yang lengkap.
"umi, udin rasa xbersemangat tahun nie nak mengemas"
"kenapa?", tanya umi pelik pada anak yang rajin itu.
"sebab xde orang yang suruh udin buat tue buat nie"
"nie kakcik kan ada?"
"xleh kakcik xcukup ke alongan dia." benar kata si udin kalau kuasa veto ke-alongan itu hanya ada pada dua orang, ayong dan anik yang garang sahaja. dan kalau bukan kerana garangnya anik, dia fikir kata si ayong saja yang dipakai.
"yerlaa, orang suruh buat kerja tido! tido!" sindir kakcik. udin tersenyum terkena. pagi tadi dia tidur saja bila di suruh kakcik menganggkat pinggan. bila dia bangun semua sudah siap bekerja pula.
"kalau kita penat kenalah tidur" jawab si udin x mahu mengalah. kakcik cuma menjeling sindir saja.
dalam diam dia terkenang juga kakaknya yang tidak pulang itu. yang jauh dibumi sakura. kalau dulu dia tak perlu memikirkan masalah untuk mengemas ruang tamu dan rumah serahkan saja pada ayongnya. dan seperti biasa dia cuma perlu ke dapur, kemudian ke sinki dan mula membasuh pinggan-pinggan yang x pernah habis di basuh. itu kerjanya.
"umi, umi, semalam kayong sedih."
"umi pom sedih nie" balas umi.
"semalam masa z nak skype dia xnak umi, kayong sedih umi"
"umi pom sedih nie" jawapan umi sama juga. nadanya rendah. matanya dilihat liar bergerak2. mungkin memikirkan sesuatu. masakan tidak itu anak sulungnya. anak yang banyak di ajar berdikari menjaga adik2 sedari kecil. anak yang banyak membantu mengemas rumah. di tambah lagi dengan majlis kesyukuran yang akan dilangsungkan tak lama lagi, terasa berat bebannya.
sering dia lihat kalau ibunya itu mengadu selalu penat pada doktor kecil itu. dan segala yang dia tahu dia lakukan. namun x setanding tahunya ayong. sebab dia bila disuruh baru dia patuh bila diberi tahu baru dia tahu. ketika awal kepulangan dia dulu, pinggan mangkuk sahabat membasuh itu pun dia xtahu nak letak mana dah.
bila tiada baru terasa. manusia sering begitu. sering mengaduh menyesali.
kalau ada ayong tempatnya mengadu ada banyak tapi kini hanya pada ibu saudaranya umi mengadu. hal orang dewasa, seronoknya berbicara sesama mereka.
"esok raya" terdetik lagi di hati kecilnya itu. seakan terdengar suara kayong membuka gril pintu depan. seakan terdengar kayon mengarah si bibi mengangkat2 barang. seakan terdengar jerit pekik kayon memanggil "abang! abang!" adik lelaki bongsu itu.
serasa ada suara angin lalu di cuping telinga membawa suara-suara lain bersilih ganti. kerusi-kerusi diangkat keluar. habuk-habuk di sapu keluar. karpet-karpet dibawa keluar dan di hampar di ruang legar. sebentar kemudian, mulalah dia menata rias laksana seorang interior designer. tapi kali ini hambar...
dia, dia sayang ayong. dia rasa dia masih belum boleh berdiri tanpa ayong. bahkan dia juga perlu belajar menerima hakikat yang walaupun ayong pulang dari Jepun nanti, hakikatnya ayong sudah berkahwin. hakikatnya dia perlu bangun berdiri dan keluar dari dimensi kanak-kanaknya.
seperti dia takut bagaimana pula bila anik dan kakcik berkahwin nanti. bagaimana kalau anak umi yang rajin, si udin berkahwin nanti...
belajarlah, belajarlah untuk jadi lebih dewasa
ya rabbi bantu aku, kuatkan aku |