Monday, December 24, 2012

DIARI HALWA HATI 5

Bismillah
alhamdulillah diberi kesempatan bertemu buah hati aku
bkongsi cerita bertukar gelak tawa
terserius kdg2 dan sbgnya...
hari nie aku tserius sikit...sbenarnya agak sedih sbb tue jd serius bila dpt berita yg kurang senang ttg adik2 buah hati. moga Allah jaga kalian. kak Zakiah serah adik2 pd jagaan Allah
xkan bisa selamanya aku mampu menyelamu dn menjaga hati2 kalian.

moga dlm pimpinan Allah sentiasa, setiap derap langkah, gerak alih tangan
senyuman2 manis menawan dan segalanya...allahumma amin


dan aisyah yg tcinta juga. 

moga kita saling mengamalkan ciri2 orang beriman yg dicintai Allah:
Al-Maidah:54
[Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui] 


Friday, December 21, 2012

HARI YG AKU TAK SUKAI

bismillah,

1 merindui halwa hati
2 merindui sc sendiri
3 merindui sahabat2 malaysia
4 merindui pershabtan yg hebat thn 1
5 merindui majlis ilmu yg dpt mhilangkan gelisah ini
6 merindui rasa dekat pada dia
7 merasakan diri sungguh kurang hgg hilang momentum
8 merasa malu dgn amalam ilmy diri
9 kadang marah pada hati yg lalai nie...asyik lupa saja
10 merindui halwa hati
11 sbnarnya aku merindui basuhan2 hati nie sbb tue rindu liqa'
12 mendoakan diri sehebat 'mereka' dalam amalan ilmu
13 bdoa ketika berada bersama  'mereka'
14 kenapa? sbb aku dengki dgn amalan ilmu 'mereka'
15 merindui kecintaan pada palestin yg asyik naik turun
16 merindui ingatan2 dlm doa buat mereka
17 merindui kesungguhan berdoa



hebatlah diri hebatlah diri...ya Allah aku xpinta hebat dimata dunia di mata manusia, namun aku pinta hanya permudahkan jalan bagi ku mengamalkan ilmu ku, kuatkan, tetapkan, tsabatkan aku dalam beramal...
peringatan untuk diri, ilmu sedikit tp beramal lebih baik wahai diri....
rasa mahu saja aku mengulang baca buku ayuhal walad imam al-ghazali...dimana hati sentiasa dirundum sedih yg bg aku menjadi momentum utk terus berubah, menjadikan hati sentiasa takut dgn rendahnya diri, banyakknya yg perlu dipelajari...Allah pimpin aku jadi hamba rabbani...bukan seasoni...

teringt seorang dr senior di sini. kata akak tue, walau sekuat mana kita satu hari kita akan ada rs futur dan ingin berundur...sbb tue kita kena kekal bsama. saling mguatkan.



Tuesday, December 18, 2012

MENEGAKKAN KEBENARAN DENGAN BERHIKMAH


“Jikalau kamu pd 1hari, terheret dlm kancah pertengkaran antara kamu & org lain atau dgn sekumpulan orang dan sesungguhnya niatyg ada dihatimu utk mzahirkan kebenaran sampai kebenaran tidak hilang, maka bolehlah kamu berbuat demikian. tetapi jika benar niat dihatimu itu utk menzahirkan kebenaran maka disana ada 2 tanda:

1 bahawa engkau tidak membezakan sama ada kebenaran itu nanti tersingkap melalui lidahmu atau lidah org lain dr pada mu.
2 perbahasan itu lebih disukai seandainya dilaksanakan  ditempat yg tertutup  drp tempat yg dihadiri oelah org ramai ”

Wednesday, November 28, 2012

DIARI 2 HALWA HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,


alhamdulillah masuk hari nie, ahad, 11 muharam adalah smart circle ke2 halwa hati...comelkan nama tue,
tue idea farahh arshad. indah skali nama tue, bila sebut jer terasa sampai hati...
ya rabbi...hari nie ada ujian, ada nikmat...ujiannya xnak aku sebut, biar jadi iktibar,

nikmatnya adalah bila bersama ahli halwa hati...terasa dkt pada Allah, bila kami semua saling melontarkan idea, saling berbicara, kata arab 'اجلس بنا نؤمن ساعة'
zakiah n farahh dah buat yg tbaik punya segalanya, kami serah pada Allah, moga amal ini Allah terima

hari nie kami mula usrah ke-2 kami dengan taaruf lagi...kali nie zakiah mintak adik2 semua bagitau adik2 usrah yang lain tentang no telefon masing-masing...memandangkan adik-adik saling segan antara satu sama lain...kerana mereka tidak satu dewan kuliah dan farah pula request ingin tahu makanan kegemaran masing2 memandang kelak akan selalu masak untuk usrah mungin ada yang tidak menyukai certain kind of food.

benarlah, agak unik sungguh, pemilihan makanan adik2 usrah kami...gelak ketawa pecah seketika...diteruskan dengan taaruf ahli yg seterusnya...kemudian gelak lagi...
hari nie kami xmasak2 memandangkan ana n farahh dua2 habis pukul 4...dan kami mula usrah pada pukul 4.30 tp kelewatan sedikit krn beberapa hal di markaz bahasa arab. tapi dengan izin Allah ada rezeki kami merasa sate malaysia hari ini kerana juadah itu disediakan di kafe seri putra.

alhamdulillah, hari nie giliran ana buat pengisian...insyallah selepas berbincang dengan farahhh sedikit kami setuju menggunakan maza yakni atau kenapa aku menganut agama islam sebagai module pertama kami. dan insyallah akan diselitkan dengan beberapa perkara yang berbeza dari hadis sirah dan isu semasa serta lain2. insyallah spt yang kami janjikan pada diri kami dan adik2, kami ingin berusaha mengenal islam yang kami anuti sendiri... 5 things yang perlu kita yakini untuk memastikan saya betul2 muslim dari segi akidah

1-pencipta yg ESA
2-makhluk yang dicipta tidak sia-sia
3-nabi s.a.w sebagai wasilah mengenal pencipta
4-tujuan manusia diciptakan (hamba dan khalifah)
5-balasan syurga atau neraka setimpal bagi segala amalan

syarahnya atau penjelasannya boleh rujuk buku maza yakni. seronokk...yang paling penting bukan fakta dari buku berkenaan tapi praktikal atau amali kita sendiri dari ilmu yang kita pelajari...insyallah. moga Allah beri kekuatan untuk mengamalkan ilmu2 itu pada zakiah, farahh, dan adik2 kami...amin


Monday, November 26, 2012

abi

aku call abi, kemudian cakap sikit dah sebak...xdpt bcakap
aku off kan phone...takut abi sedar aku tgh nangis, abi doakan kakak jd anak solehah.

Wednesday, November 14, 2012

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN


Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.