suatu saat tadi, hiba datang mengetuk pintu hati. dalam-dalam dia bernafas. sekali, dua kali, tiga kali. air mata kembali ke longkang. jika dahulu dia masih mampu menafi, bila membaca status2 sahabat yg bakal meninggalkan diri, tp bila berdepan situasi nyata dia xmampu berlakon tabah lagi. diam sekali, dua kali, tiga kali. hanya senyuman yg mampu dilemparkan pada shbt2 lain yg datang berjumpa buat kali terakhir Syahirah, Athifah, Hanan, Yasirah. mereka pergi menyambung perjuangan di bumi Ilahi yg luas terbentang.
saat itu, hati berfikir, bagaimana ukhuwwah ini bermula dahulu. dalam payah, dia cuba mengingat seperti tidak pernah kami memulakan, spt sudah memang berkawan. mmg kawanlah. ya Allah moga dgn perpisahan di sini, tidak bermakna berakhirnya ukhuwwah ini. tadi bila difikir2, benar kah aku berkawan kerana akidah. tidak jugak, seingat diri, hanya berkawan kerana sayang. kerana setiap hari saling ke kuliah. saling menumpang rumah, makan berbelanja, bertukar cerita, saling belajar dan diajar. dan semua itu melahirkan sayang. sayang yg lahir bila bersama, sayang yg lahir bila saling menghargai, sayang yg lahir bila saling disayangi.
maka, adakah dengan berpisah sayang itu akan berkurang? dan berkuranglah keakraban ukhuwwah itu? ya Allah xmahu. mesti tukar. dia masih sahabat2 kami. walau dimana, walau ketika mana. mesti dicari tunjang yg lebih kuat.
"aku mahu pohon ukhuwwah ini kekal rendang memayungi di akhirat dan berbuah buah-buah keimanan dan dasarnya adalah akar akidah"
moga Allah bantu. amin.
Saturday, October 26, 2013
Monday, October 21, 2013
Sahabat
"salam k.eri, sihat?", lama dia menanti balasan inbox dari kawannya itu. Dia berpaling ke kiri menilik jam di dinding. 4.00pagi malaysia. Bermakna di Mesir 10.00 malam.
seketika kemudian.
"alhamdulillah sihat. Nadia?" kawannya di benua Afrika kemudian membalasnya.
"alhamdulillah." sepatah dijawabnya. lama dia menyepi. memusing-musing hidung tetikus turun dan naik menggunakan jari telunjuknya membaca newsfeed di halaman Facebook. Perasaannya penuh bercampur baur membaca status dan komentar kawan-kawan yang sedang dirundum kesedihan menghadapi perpisahan tidak diduga ini.
"apa k.eri rasa kawan-kawan pindah Malaysia?", tak bermaya dia bertanya.
"Sedang mencari dan menjangka hikmah daripada perancangan ALLAH ni. Kalalu diorang dapat universiti yang bagus dan rasa boleh survive, inshaa ALLAH kita sokong"
dadanya yang sedia penuh sesak dengan berbagai perasan bertambah sesak. debarannya bertambah. darahnya mengalir laju, akibatnya jantungnya laju berdegup. Tangannya sudah sejuk. lebih parah, empangan takungannya sudah hampir limpah, menunggu masa sahaja untuk pecah. Dengan penuh kesukaran, Nadia menarik nafas dalam-dalam. Dipaksanya air empangan kembali ke longkang. Ternyata, keengganannya untuk menerima hakikat membendung takungannya dari pecah. Namun saat itu, dia sedar, tidak selamanya dia mampu melawan arus fitrah. Angin taufan pasti datang menyesakkan dadanya, menghentam kuat empangan takungannya. Air itu pasti melimpah, empangannya pula pasti pecah. Dia tidak punya sedikit kudrat pun buat melawan takdir Allah.
Yang datang pasti pergi. Dia tidak punya sedikit kuasa pun mengubah masa dan haluan. bila perpisahan menjadi realiti, hakikatnya fantasi kekal fantasi. tak ada pintu masa doremon, tak ada jam masa Harry Potter, tak ada kuasa sehebat Lord of The Ring, tak ada magik CJ7, tak ada semua kuasa sehebat itu mampu mengubah keputusan sahabat-sahabatnya.
"yang aku ada hanya doa" dia berbisik pada dirinya. seakan menyerah kalah, lututnya lemah, dia jatuh terjelepok. longlai. dadanya terlalu sesak, nafasnya terlalu sukar. dia mengakui had kemampuannya. Matanya melirik ke arah jam. lantas, dia bingkas sedaya mampu, kakinya diatur perlahan mengambil wuduk. Dia mahu melaksanakan tahajudnya seperti biasa.
usai memakai kelengkapan solat, dia mengangkat takbir. niatnya mahu menunaikan solat taubat, namun hatinya berbisik.
"memohon ampun apa wahai hamba?" dan air matanya mengalir laju. mengenang beribu dosanya pada sahabat. beribu kesalahannya pada sahabat. pada saat bermasam muka pada sahabat. pada saat menyusahkan sahabatnya. pada ketika kedegilannya. ketika dia tidak langsung menghirau nasihat sahabatnya. pada segenap saat bersama sahabatnya. dalam esak dia cuba memulakan solat. hatinya sedikit tenang. namun, saat ketika dia mula membaca Al-ikhlas. hati bertambah sebak. isaknya bertambah kuat.
"ya Allah, adakah selama ini aku culas dalam mengesakanMu? adakah cinta ku pada sahabat melebihi keesaan aku memujaMU? adakah diri ini sudah terleka hingga bergantung pada manusia? ampunkan aku wahai rabb. demiMu ya Allah, aku tidak mampu hidup tanpa sahabat ku wahai Rabb. dan kerana inilah, telah Kau tarik pinjaman yg indahnya ini wahai Ar-Rahman...ya Ghaffar, ya Ghaffar....ampuni aku, ampuni silapku, ampuni sahabatku, aku berjanji wahai Rabb akan aku pohon keampunan daripada sahabatku...maka ampunilah aku dari sisiMu ya Allah...tutuplah aibku ya Allah..." dalam terketar dan isakannya dia menghabiskan bacaan Al-Ikhlas yang membuka aibnya. dan si hati terus-menerus berdoa.
usai solat, lama dia duduk termenung mengenang waktu suka dukanya bersama sahabat di Universiti, sebelum bangkit mengangkat takbir. niatnya mahu menunaikan solat istikharah, namun hatinya berbisik kembali. "memohon petunjuk apa wahai hamba?" dan air matanya mengalir kembali laju menuruni pipi.

Wednesday, October 9, 2013
jom boikot~~~wee
One fine day,
sedang dia berjalan perlahan pulang dari dewan kuliah utama, matanya menikmati keindahan biru langit, dicalit tompokan awan putih. tambah menyegarkan dengan bayu laut mediteranian yang dtg mengusap ke muka. lukisan alam yang tiada tandingannya. subhanallah, hebat ciptaan Allah. xde cacat cela. sebuah kesenian agung. fikirannya ttg kuliah hari itu betul2 dikosongkan dr fikirannya.
pandangannya itu kemudian terganggu dengan seorang ikhwah setanah air yg laju melintasi jalannya.
"nak ke mana? sampai nak langgar2 orang nieh", bisik dia. dan ikhwah itu hilang dr pandangannya. disimpang jalan, dia nampak ikhwah itu lagi.
"boleh tahan. Physical appearance, i give you bonus mark", sibuk dia menjadi juri xdijemput saat itu. kemudian, dilihatnya ikhwah itu melintasi jalan dengan terburu-buru.
dan saat itu juga, matanya membulat seakan2 tidak percaya apa yg dilihat. [okey jgn risau dia x accident]
"fuh, nasib baik cekap. kalau tak, abis la markah bonus hang...", dia mengomel lagi tanpa dipinta.
"...tapi semua markah bonus hang,skrang tinggal -100 sbb masuk restoran boikot McD. jalan laju sampai nk langgar2 org pergi masuk kedai boikot!", bentak hatinya. anginnya betul2 berubah.
sebetulnya, dia sedih bila melihat saudara senegaranya itu lemah. isu boikot pun xboleh nak lawan nafsu. mungkin padanya malaysia adalah satu negara yang sangat berpotensi membantu negera2 islam yg sedang ditindas. sekurang2nya dlm isu boikot nie. dan mungkin, marahnya kurang jika ikhwah itu bukan dari tanah airnya. dan dia mereka-reka segala kemungkinan2 mengutuk perbuatan itu.
"tapi aku pun bukannya baik sangat. Astaghfirullah sarah...tp sekurang2nya aku xmakan makanan boikot", masih membela diri.
"sudah pupuskah ikhwah dan akhawat yang memboikot?" getus hati kecil itu

Subscribe to:
Posts (Atom)