Tuesday, April 26, 2016

Mahasiswa

Saat itu aku, tetap aku. Aku yang kaku,keras membatu tanpa mampu mengaku...hingga kalam aku tak lagi laku...

Malam itu, dia di provoke habisan oleh seniornya. Niat dihati dia hnya mahu berdiam diri, membatu dan menerima sahaja segala pengisian yang diberi. Baginya cukuplah dia bermuhasabah dalam hati, seterusnya membaiki gerak langkah kaki, bukan hanya banyak memberi komentari. 
Sangkanya begitu, namun lagak senior2 dan fasi galak memerhati gerak geri setiap daei. Hingga dia kaget apabila ditembak soalan agak peribadi. 
"Bagaimana gerak kerja kalian berdua setelah bermula sesi ini?" 
Dalam hatinya dia berselawat, mana mungkin aku membuka aib dan cacat diri, cukuplah utk sendiri koreksi atau mungkin kita boleh berhujah dibelakang nanti. Kata-kata yang mati dalam hati. 
"Kami baru sahaja bermula dan masih dalam proses adaptasi", lain dimulut xsama dengan dihati. . Jawapan melarikan diri, dan dia pasti semua disitu tahu dia sedang cuba bersembunyi. 
"Masalah aku adalah hak aku untuk dikongsi atau disembunyi" dia bermonolog. 
Dia diprovoke lagi. Aku tahu tujuan mereka melakukan demikian hingga kami sedar sendiri bukan hanya diberi ditadah telinga kanan dan kiri kemudian alpa lagi. Justeru dia kekal diam hingga dia marahi lagi. 
"Hajar, cakap sesuatu. Asyik orang sama sahaja yang bersuara." 
Dia kaget lagi apa yang harus aku ungkapkan saat aku sememangnya tidak layak berbanding adik beradik yang lain. Dia kekal membatu. Dan adik beradik yang lain terus menberi solusi, yang semuanya aku kira penting namun masih belum mencapai objektik yang dikehendaki senior. Ia bukanlah sekadar modul tapi jika dilihat sebaiknya senior sedang cuba melatih kami. 
Dia dihujani soalan sama lagi. 
"Hajar, cakap sikit!" 
Perlahan dia mula membuka mulut, "pimpinan...perlu tahu..", belum habis kalamnya...dia menangis tanpa suara. Kalimah pimpinan itu termasuk dirinya. Dan dirinya sebagai pimpinan itu nasih belum dia dapat menerima sepenuhnya.
"Akulah pimpinan, tp dimana keikhlasan aku!" hatinya menjerit.

Mereka berbaiah taat setia mengerakkan perusatuan. Dan dia terusan menangis. Tiada suara tangisan yang keluar, hanya air mata mencurah2 membasahi pipi. 
"Hajar ok!" 
Sebolehnya dia cuba lari dari menjawab namun pelukan kakak senior itu membuat dia rasa sebak. 
"Akak, saya tak ikhlas berkhidmat tapi saya sudah berbaiah",  suaranya serak, air mata mencurah lagi. baiah setia itu disepakati dan Allah sebagai saksi. Balasan dunia dan akhirat bagi mereka yang tidak memenuhi janji. 

Dia pulang ke biliknya. Kepalanya masih berpusing-pusing berfikir. 
"Ya Allah, aku hamba Mu ya Allah" 



Iman, 
Hajar, iman anti apa kabar? 


No comments:

Post a Comment