Saturday, October 26, 2013

suatu pemergian

suatu saat tadi, hiba datang mengetuk pintu hati. dalam-dalam dia bernafas. sekali, dua kali, tiga kali. air mata kembali ke longkang. jika dahulu dia masih mampu menafi, bila membaca status2 sahabat yg bakal meninggalkan diri, tp bila berdepan situasi nyata dia xmampu berlakon tabah lagi. diam sekali, dua kali, tiga kali. hanya senyuman yg mampu dilemparkan pada shbt2 lain yg datang berjumpa buat kali terakhir Syahirah, Athifah, Hanan, Yasirah. mereka pergi menyambung perjuangan di bumi Ilahi yg luas terbentang.

saat itu, hati berfikir, bagaimana ukhuwwah ini bermula dahulu. dalam payah, dia cuba mengingat seperti tidak pernah kami memulakan, spt sudah memang berkawan. mmg kawanlah. ya Allah moga dgn perpisahan di sini, tidak bermakna berakhirnya ukhuwwah ini. tadi bila difikir2, benar kah aku berkawan kerana akidah. tidak jugak, seingat diri, hanya berkawan kerana sayang. kerana setiap hari saling ke kuliah. saling menumpang rumah, makan berbelanja, bertukar cerita, saling belajar dan diajar. dan semua itu melahirkan sayang. sayang yg lahir bila bersama, sayang yg lahir bila saling menghargai, sayang yg lahir bila saling disayangi.

maka, adakah dengan berpisah sayang itu akan berkurang? dan berkuranglah keakraban ukhuwwah itu? ya Allah xmahu. mesti tukar. dia masih sahabat2 kami. walau dimana, walau ketika mana. mesti dicari tunjang yg lebih kuat.

"aku mahu pohon ukhuwwah ini kekal rendang memayungi di akhirat dan berbuah buah-buah keimanan dan dasarnya adalah akar akidah"

moga Allah bantu. amin.

No comments:

Post a Comment