Monday, October 21, 2013

Sahabat

"salam k.eri, sihat?", lama dia menanti balasan inbox dari kawannya itu. Dia berpaling ke kiri menilik jam di dinding. 4.00pagi malaysia. Bermakna di Mesir 10.00 malam.
seketika kemudian.
"alhamdulillah sihat. Nadia?" kawannya di benua Afrika kemudian membalasnya.
"alhamdulillah." sepatah dijawabnya. lama dia menyepi. memusing-musing hidung tetikus turun dan naik menggunakan jari telunjuknya membaca newsfeed di halaman Facebook. Perasaannya penuh bercampur baur membaca status dan komentar kawan-kawan yang sedang dirundum kesedihan menghadapi perpisahan tidak diduga ini.

"apa k.eri rasa kawan-kawan pindah Malaysia?", tak bermaya dia bertanya.
"Sedang mencari dan menjangka hikmah daripada perancangan ALLAH ni. Kalalu diorang dapat universiti yang bagus dan rasa boleh survive, inshaa ALLAH kita sokong"

dadanya yang sedia penuh sesak dengan berbagai perasan bertambah sesak. debarannya bertambah. darahnya mengalir laju, akibatnya jantungnya laju berdegup. Tangannya sudah sejuk. lebih parah, empangan takungannya sudah hampir limpah, menunggu masa sahaja untuk pecah. Dengan penuh kesukaran, Nadia menarik nafas dalam-dalam. Dipaksanya air empangan kembali ke longkang. Ternyata, keengganannya untuk menerima hakikat membendung takungannya dari pecah. Namun saat itu, dia sedar, tidak selamanya dia mampu melawan arus fitrah. Angin taufan pasti datang menyesakkan dadanya, menghentam kuat empangan takungannya. Air itu pasti melimpah, empangannya pula pasti pecah. Dia tidak punya sedikit kudrat pun buat melawan takdir Allah.

Yang datang pasti pergi. Dia tidak punya sedikit kuasa pun mengubah masa dan haluan. bila perpisahan menjadi realiti, hakikatnya fantasi kekal fantasi. tak ada pintu masa doremon, tak ada jam masa Harry Potter, tak ada kuasa sehebat Lord of The Ring, tak ada magik CJ7, tak ada semua kuasa sehebat itu mampu mengubah keputusan sahabat-sahabatnya.

"yang aku ada hanya doa" dia berbisik pada dirinya. seakan menyerah kalah, lututnya lemah, dia jatuh terjelepok. longlai. dadanya terlalu sesak, nafasnya terlalu sukar. dia mengakui had kemampuannya. Matanya melirik ke arah jam. lantas, dia bingkas sedaya mampu, kakinya diatur perlahan mengambil wuduk. Dia mahu melaksanakan tahajudnya seperti biasa.

usai memakai kelengkapan solat, dia mengangkat takbir. niatnya mahu menunaikan solat taubat, namun hatinya berbisik.
"memohon ampun apa wahai hamba?" dan air matanya mengalir laju. mengenang beribu dosanya pada sahabat. beribu kesalahannya pada sahabat. pada saat bermasam muka pada sahabat. pada saat menyusahkan sahabatnya. pada ketika kedegilannya. ketika dia tidak langsung menghirau nasihat sahabatnya. pada segenap saat bersama sahabatnya. dalam esak dia cuba memulakan solat. hatinya sedikit tenang. namun, saat ketika dia mula membaca Al-ikhlas. hati bertambah sebak. isaknya bertambah kuat.

"ya Allah, adakah selama ini aku culas dalam mengesakanMu? adakah cinta ku pada sahabat melebihi keesaan aku memujaMU? adakah diri ini sudah terleka hingga bergantung pada manusia? ampunkan aku wahai rabb. demiMu ya Allah, aku tidak mampu hidup tanpa sahabat ku wahai Rabb. dan kerana inilah, telah Kau tarik pinjaman yg indahnya ini wahai Ar-Rahman...ya Ghaffar, ya Ghaffar....ampuni aku, ampuni silapku, ampuni sahabatku, aku berjanji wahai Rabb akan aku pohon keampunan daripada sahabatku...maka ampunilah aku dari sisiMu ya Allah...tutuplah aibku ya Allah..." dalam terketar dan isakannya dia menghabiskan bacaan Al-Ikhlas yang membuka aibnya. dan si hati terus-menerus berdoa.

usai solat, lama dia duduk termenung mengenang waktu suka dukanya bersama sahabat di Universiti, sebelum bangkit mengangkat takbir. niatnya mahu menunaikan solat istikharah, namun hatinya berbisik kembali. "memohon petunjuk apa wahai hamba?" dan air matanya mengalir kembali laju menuruni pipi.


No comments:

Post a Comment