Kali ini penulis berharap
pembaca dapat membaca dengan nada indonesi baru dirasa bagaimana lentuk bahasa
penulis yang benar.
kredit adinda, kanda ambil gambar kamu carik ini yer. |
Hati bercampur baur. Entah kenapa
tidak aku tahu. Hingga tanganku mengambil juga apa jua buku yg dicapai tangan,
dekat di pandangan. Lantas ku baca. Lalu sekarang kebingungan ke sini sebntar
ke sana sebentar. Satu buku pun belum aku habisi. Namun jelas ini, 4 buku itu
punya efeksi yg berbeza pada diri. Walau pening, aku tetap bersyukur ada juga
kesan pada diri. Paling tidak, masakan tiba2 sahaja jariku pantas menaip ini,
otak ku rancak menyusun kata mencari bicara. Ah, tak dapat aku kalahkan peri
bahasamu Hamka. Indah sekali. Pendakwah yang berbeza ideology, strategi. Tertarik
aku dengan penulisan bukumu, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Jelas aku suka
bahasa ibunda kepulauan Jawa itu.
“balik nie sudah kau baca buku wahai
anakku”, bicara Abah bertanya si diam ini dari tadi. Bahkan sejak
dari pagi dirinya membisu diam. Dirinya sendiri tidak mengerti. Biasa kalau
diamnya itu tanda menahan marah. Kebiasaan dirinyalah . Ya masakan tidak diam,
baik dari menengking berapi-api. Percuma mendapat dosa di bulan puasa.
Geleng. “belum abah”, bicaranya
pendek.
“mengapa tidak. Tidak ada buku?”,
duga Abah lagi anak perempuannya itu. Bukannya kecil lagi. Sudah besar panjang.
Kenapa masih perlu disuap upah membaca lagi.
Angguk. “ada Abah”, balasnya
sepatah. Kota fikirannya jauh mencari-cari.
“buku apa ya?” monolog
si gadis sendirian. “Masakan buku medic? Jenuh eh. Sehari-hari medic aja. Tapi benar
juga apa lagi kalau bukan buku medic. Lagi baik mengasah ingatan, dari di biar
berkarat bertan-tan” cerna hati si gadis.
“aduh kamu! Aku lihat rajin si Udin
membaca. Engkau tidak!” potong si adik sebelum sempat kakandanya
menjawab lagi jawaban si Abah.
Pandang si gadis sinis. Cis!
Aduh kalau ikut hati tidak mahu
membaca, boleh saja. Duduk saja diam. Tapi benarlah dari buku aku kenal alam. Aku
kenal ragam. Aku kenal agama. Dari buku aku dapat membaca ribuan
fikiran-fikiran pemikir. Aku dapat baca puluhan—puluhan kajian dalam semalaman.
Walhal yang mengkajinya bertahun berzaman. Lucu tapi untung. Masakan semua
manusia mahu melakukan semua ujikaji untuk semua hal bagi mendapat tahu. Percuma
membazir masa!
Teringat aku pada kakanda jauh
diperantauan. di bumi sakura. Di bumi bendera bertitik merah satu berlatarkan
putih. Katanya melakukan ujikaji. Apa khabar kakanda? Apa yang sedang di buat
nun jauh di sana? Bagaimana agaknya puasa di negeri orang? Sunyikah berbuka
seorang. Aduh. Allah ada menjaga. Usah dibimbang. Jauh-jauh bangau merantau
pastikan pulang ke bendang sendiri juga.
“Sedap daging goreng bodoh itu wahai
anakanda? Di sana nanti masaklah seperti ini”, Bonda cuba menukar
tajuk membuang tengkar.
“daging mahal” jawabnya
lagi pendek.
“berapa sekilo?” Abah
ingin tahu.
“60LE”,sepatah juga
dibalasnya.
Aku teringat pula kakanda berdua
nun di bumi berajakan alam. Belum-belum juga pulang. Biar dekat di negeri
sendiri tapi keperluan dunia mendesak. Hanya kerana belum tiba saat Raya belum
boleh pulang. Itulah kalau berkerja makan gaji, patuhnya perlu pada ketua. Ada benarnya
juga, kalau semua sudah pulang hanya mahu bersahur bersama, berbuka bersama,
harulah negeri kita.
Lantas di sini aku bersama kakanda
Kacik dan adinda-adinda yang nakal. Lantas mangsanya 4 buku itu. Masakan aku
boleh terus tidur walau itu minatnya, sedang kubaca kalam-kalam Muhammad Aqil
penulis biodata Syeikh Al-Bani itu. Bagaimana bisa sosok yang muda ini tidak
menghadam contoh teladan Syeikh Al-Bani walau di saat terlantar sakit. Oh syeikh.
Hebatmu moga meniup ke semangatku. Saat sakitnya dipanggilnya anak-anaknya
minta dibawakan pena dan bukunya. Tak lekang membuat rujukan, minta Syeikh pada
anaknya dibawakan buku si fulan si fulan. Tak larat tangan menulisi, di
mintanya anak-anak menulis kalamnya. Masa muda dihabiskan bekerja dan membaca. Kalau
membaca sehingga diri 6jam di perpustakaan bahkan Allah yang Maha Tahu tepat
waktunya. Hingga mendapat tempat peribadi di dalam perpustakaan Dzahariah itu. Allah
besar jasamu mencurah bakti buat agama. Masa mu kau luang buat membezakan hadis-hadis daif maudu’ dan
marfu’ dan sebagainya. Ya syeikh. Lembut tuturmu. Tinggi sabarmu. Rendah hati
mu. Tinggi semangatmu. Pemaaf kau di saat dicela hingga musuh menjadi kawan. Setiap
kau pergi pasti kau menasihati. Tidak henti kalammu dari berbicara. Menutur nasihat
buat muda-muda agama. Kalau berhenti, lantas lincah tanganmu menulis. Tak kau
mengeluh walau di penjara. Bahkan meminta agar diturunkan lampu sedikit untuk
mendapatkan cahaya bagi mu menulis. Ya rabb. Tangismu lebih lagi dari senyummu
saat di puji. Moga Allah merahmati mu ya Habibulllah ya waliul deenullah.
Kerdil diri ini bukan tersekat
sekadar menyesali. Biar masuk semangat-semangat ke hati. Biar teguh kaki
melangkah biar kuat tangan menghayun. Biar diri mencontohi. Terutama bila rasa
penat bekerja walhal dunia disiapkan buat manusia untuk penat itu sendiri. Amin.
Teringat aku kalam junjungan Rasulullah
S.A.W kepada Bilal r.a,
“berehatlah kamu dengan solat bukan
berehatlah kamu dari solat.” Allah terkena diri yang dirasa melakukan solat
hanya kerana kewajipan. Allah. Terkena diri yang terkadang mahu cepat saja
menghabiskan terawih.
Si gadis diam membisu. Menghabiskan
sisa-sisa suapan sahurnya. Kemudian meneguk teh terlebih manis yang kata Bonda
biar lebih bertenaga merenangi puasa.
Pagi itu, pergi lagi dia ke masjid.
Bukan kaki masjid pun namun tetap ada secalit dihati itu kalau dia mahu sujud
sesujud-sujudnya menyembah Yang Esa.
Lantas imam Besar membaca Basmallah
mahu memulai solat. Tahulah dia, itu imam buat pagi ini. Bukan hafiz muda. Bila
saatnya imam membacakan Al-Fatihah maka air matanya terburai. Jatuh seperti
mutiara putus dari karangannya.
“Y a Rabb aku rindu Rasulullah(S.A.W)”
No comments:
Post a Comment