Saturday, June 4, 2016

Mesir yang mentarbiyah diri

Sepetang bersama 3 hafiz dan hafizah kecil ini. 
Dari kanan Zaid, sudah menghafal surah al fatihah, al-ikhlas dan an-Nas, kemudian yang sulung Anas 10tahun sudah menghafal 10 juzuk. Kini sedang menghafal surah al-Ankabut. Dan yang perempuan Aeisyah, sudah menghafal 16 surah, kini sedang menghafal surah Al-Zalzalah. 

Uniknya mereka menghafal bersama nama surah. Bila sebut sahaja baca surah Zalzalah. Maka Aeisyah tahu surah mana akan dibaca. 

Mereka dilatih menghafal al-Quran dari kecil tanpa mushaf dengan bertajwid. Tajwid tidak diajar secara teori tapi praktikal sahaja. Kata ustazah setelah mereka sudah mula boleh membaca, mereka akan mula menghafaz dari mushaf. Kemudian setelah dewasa seperti Anas sudah boleh diterangkan makna setiap tajwid yang ditekankan secara teori. 


Setiap hari Aiesyah dan Zaid diajar menghafal 3-4 ayat. Dan mengulang 5 kali. Kemudia setelah betul bacaan dan diingati mereka akan mengulang sambil mendengar bacaan al-Quran dari aplikasi telefon. Hari Jumaat pula adalah hari cuti dan beraktivit bersama keluarga. 

Kagumnya, bukan hanya Syeikh Hisyam dan Ummu Anas berjaya mengajar mereka menghafal al-Quran, bahkan kesemua 5 orang anak Syeikh Abdul Barri adalh hafiz dan hafizah. Allahu. 

Sedih mahu berpisah dengan guru kami yang ikhlas mengajar al-quran bersanad. Semoga Allah membalas jasa mu guru. Mungkin ini kali terakhir berjumpa kerana Syeikh dan Ummu Anas akan berangkat ke Malaysia dan menjadi Imam di Madinah Ramadan dan mungkin menetap di sana. Jika panjang umur boleh bertemu lagi, insyallah nanti bersama Umi dan Abah. 

Ramadan bulan Al-Quran semoga dapat diperbaiki bacaan dan dikurniakan ganjaran bacaan. Semoga diizinkan syafaat dari Al-Quran. Allahumma amin. 

#roadbacktokelantan 




















No comments:

Post a Comment