Saya dalam tram (pengankutan awam seperti LRT dengan harga LE0.50) ketika itu, saya tiba-tiba tertawa saat melihat seorang jejaka hensem. Ya apa yang melucukan?
Lucu. Dia berjalan punya bergaya, tegak tanpa menoleh ke tempat lain, terus menuju ke sebuah kereta. Sampai sahaja, dia masuk dan sahabatnya terus menghidupkan kereta dan mula untuk berlalu pergi. Saat itu si hensem ini mengeluarkan sekotak rokok dan memberi sebatang pada sahabatnya. Sepucuk lagi dimasukkan ke mulutnya sendiri.
Lucu. Ya, lucu bila saya teringat kenakalan saya dan adik saya ketika zaman kanak-kanak. Di mana kami pernah mengumpulkan daun-daun kering dari pokok ciku dan ubi kayu dan menggulungkannya menjadi seperti rokok, dan kemudian kami menghidupkan api. Lalu kami mula menghisap rokok.
Sekali hisap jer, kami terus terbatuk-batuk. Mana taknya, penapis pun tiada, maka asap daun-daun kering itu terus masuk ke dalam lubang pernafasan. Mujur tiada perkara yang berbahaya terjadi. Saya tidak tahu, tetapi pengalaman yang sekali itu membuat saya rasa rokok tiada yang memberi nikmat pun. Dan alhamdulillah adik lelaki saya tidak merokok sehingga hari ini. Namun, saya masih tidak faham kenapa manusia memilih untuk merokok? Saya tertanya-tanya kerana di Mesir terlalu ramai manusia yang merokok.
Tapi saya teringat sekali dahulu, ustaz Jamil pernah menceritakan kisah seorang lelaki yang menghina si perokok dan akhirnya bila si lelaki itu diuji Allah ketagih rokok dan si perokok pula ditakdirkan Allah mendapat hidayah dan menjadi soleh. Begitulah lebih kurang ceritanya. Hidayah Allah. Mereka yang merokok ini pasti ada satu sebab, tak perlu kita nak hina atau nak maki atau nak sangka buruk. Tapi satu sahaja pesan saya pada perokok, benar hidayah itu milik Allah, tapi merokok itu haram. Haram itu bermakna kita telah bermaksiat pada Allah. Orang yang bermaksiat secara tidak langsung seperti dia sendiri yang membawa diri jauh dari Allah. Maka, bagaimana anda harapkan hidayah agar datang dekat jika anda sendiri menjauhkan diri dan tidak cuba untuk berhenti merokok.
Saya jadi kagum pada pesakit-pesakit yang berjaya berhenti merokok dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun. Penyakit mendesak mereka untuk terus berhenti. Sebenarnya mereka tahu dan mengakui pula bahawa merokok akan memudaratkan lagi sakit mereka. Yang sakit bertambah sakit, yang sihat boleh menjadi sakit. Elakkan lah merokok. Kurangkan. Dan kemudian berhenti. Haram. Walau anda sudah ketagih setara mana pun, berusahalah untuk berhenti sebelum ketagihan itu menjadi lebih teruk dan makin sukar utk berpatah balik.
Haram. Sudah jelas lagi. Yang haram itu membawa ke neraka. Dosa kecil itu fasik. Semoga Allah mengampunkan dosa saya, anda dan seluruh umat islam. Semoga Allah membuka hidayah anda, untuk berhenti merokok, saya dan seluruh umat islam. I believe u can.
#menantibeledosejuk
#esokkebazariaacejom
No comments:
Post a Comment