Kuliah tamat awal hari nie. Lebih
awal dari biasa. Semalam dia sudah berjanji ingin menemani sahabat baiknya ke
Carefour. Dia tiada sebab hala tuju ke sana, sekadar mengikut. Hidup ini tidak
boleh ada waktu kosong, tapi selalu dibiar berlalu dengan tidur siang atau
dibiar bilik sewa itu bingit dengan pusingan lagu-lagu di playlist bersilih ganti dengan nasyid-nasyid, kadang-kadang turut
memainkan rakaman Dr.Maza dan ustaz Azhar Idrus, dan diselit juga alunan
al-Quran bacaan Fetih Sefaragic. Kontra.
‘semalam birthday Aisyah tapi aku belum beli apa-apa hadiah lagi. Nak bagi
hadiah apa? Aisyah suka apa?’ sendirian dia menyoal dirinya dan kemudian dia
sendiri yang menjawab. Lama juga dia menanti sahabatnya itu di lobi university.
‘makan beef combo three with rice
dekat mancok wok pom best nie. Lama xmakan daging. Huhuhu’ otaknya ligat
mencari alasan untuk pergi. Ya jika tiada alasan pon dia tetap mahu pergi cuma
bezanya pada niat. Niatnya itu nanti akan memandu derap kaki melangkah ke
tempat-tempat itu dan masanya sudah pasti lebih tersusun.
‘’kena cantikkan lagi niat dalam
hati tue Sarah…, sahabatnya tiba-tiba muncul memecahkan awan angan-angannya. Sahabatnya
tahu Sarah teragak-agak untuk pergi namun, x mahu dilihatnya Sarah terperuk
dalam rumah dengan tidur dan laptopnya. Sarah dan laptop perlu dipisahkanx! Ada
berbagai alasan untuk Sarah bersama laptopnya, Facebook, Game, facebook game
dan begitulah cyclenya. Satu circadian rhythm yang rosak. Nilai persahabatan perlu diselit dengan lebih
kemas dalam hidupnya, supaya Sarah betul-betul memahami erti hidup, erti hidup
dalam memberi.
No comments:
Post a Comment