Assalamualaikum..
Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:
Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.
Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Ketiga: Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.
Mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment